Showing posts with label MY DIET NOTE. Show all posts
Showing posts with label MY DIET NOTE. Show all posts

Sunday, 3 June 2012

5 Day DIET ATKIN turun 3 KILO !!!!


Yeeee! Hooyeey Hooyeey! Tadi aku g timbang. Terkedip2 mata aku tengok jarum penimbang. Hah! 53.6!!!!!!
Waaah! Aku dah lost 3 kilo in a week! Sungguh tak sangka. Happy gila. Baru ingat nak stop diet atkin ni, tapi bila tengok berat banyak sgt turun, terus berkobar2 sambung diet. heeheehee.... Hari ni hari ke 5 aku diet atkin. Means dah 5 hari aku betul2 tak makan langsung karbohidrat (carb). No rice, bihun, keow teow, mee roti, oat, susu segala. Yg ada cuma telur, ayam, sayur, teh hijau, halia. Tu jelah. Tapi tak pe.Tengok hasil rasa berbaloi2. Hehehe.. Tapi sebenarnya 3 hari sebelum tu aku dah start diet, dah tak amik nasi. Cuma tak lah seketat diet atkin ni. Aku still ambik milo, gula, susu, oat, bihun, epal hijau, plum.....ha tu jelah kot. Kalau total semua sebenarnya dah 8 hari la aku diet. hik3x..... Semoga aku terus bersemangat untuk hari2 seterusnya. 

Menu for today:
Pagi - Telur rebus, Teh hijau, Sayur kobis
Tengahari - Ayam goreng kafe baru
Petang - x
Malam - Sosej 2, jus halia, coklat hitam 1 bar, keju 1 slice


Wish me luck for the next day!!! 

Photobucket

Saturday, 2 June 2012

4th Day DIET ATKIN

Today i'm success and gonna success again tomorrow and tomorrow. Insya Allah. Emm, i'm feeling well, not tired maybe because i ate kobis soup, so my stomach always full. My menu for today as below;

Pagi         : Telur rebus, teh hijau
Tengahari : Ayam masak kurma
Petang     : Sup kobis
Malam     : Jus halia

Gambar sekadar hiasan. Source: Potret kasih

That's all. I'm looking 4 tomorrow! Wish me best of luck!



Photobucket

Friday, 1 June 2012

3rd Day DIET ATKIN

Hai uoolss! Today is my third day on dieting. Alhamdulillah, everything went well. Early in the morning, I've my exercise, joging + aerobic. Feeling great. But in the evening, I feel tired. After had my meal, I got my energy back. So check it out my meals for today;

Pagi : Telur separuh masak + teh hijau
Tengahari : Sup telur
Petang : Teh hijau + halia
Malam : Sayur kangkung

Yeay!!! Looking for another 4 days! Wish me luck!



Photobucket

Thursday, 31 May 2012

2nd Day DIET ATKIN




Macam sedap jer kan........

Alhamdulillah. Lega. Hari ke 2 berlalu dengan jayanya. Tapi bangun pagi rasa penat sangat, rasa macam tak der tenaga sangat2x. Tapi kuatkan jugak semangat. Biasalah. Awal-awal ni memang mencabar sikit.Face it jelah. Sampai bila nak kalah, ye dok?? So;

Menu for today:
Pagi : Telur separuh masak
Tengahari : Sup ayam
Petang : Sup ayam
Malam : Ayam goreng, teh hijau

Info tambahan :
Disebabkan tengah masyuk berdiet, saya pun google2x untuk cari info so that bertambah kuat semangat ni. Wah! Menarik juga info2 tu. Check it out!
Teh hijau : Bagus untuk turunkan berat badan sebab ia mempercepatkan kadar metabolisma badan * Ni yang buat lagi semangat nak minum ni. hehehe
Tomato : Antioksidan yang tinggi. Melancarkan perjalanan darah dan memulihkan sel, bagus untuk kulit juga. * Hmm boleh start ambik r lepas ni. hehehe
Halia : Bagus untuk buang angin dalam badan. Orang tua dulu-dulu suka minum. Mungkin sebab tu diorang sehat dan kuat. *Tak pernah rasa tapi bole try even nampak macam mencabar jek. hehehe
Plum : Hah! Ni memang buah feverat I ! Sedap ngat. Bagus untuk turunkan kolestrol! So, bagus sangat la untuk diet. *Tapi mahal sket r buah ni. Arghhhh!



Photobucket

Wednesday, 30 May 2012

1st DIET ATKIN

Salam semua! Ok. Straight to the point. Tak nak bebel panjang2. "There's one reason people fail to reach their goals - they never take the first steps!" Betui2x. Setuju sgt. Langkah first tu penting. Tak de first, tak de lah yg second, third n seterusnya, ye dok! Alhamdulillah, first step saya dah berjaya hari ni. *saya la plak hahaha. Hari ni ni saya betul2x ikut diet atkin. So, 13 days more. Go, go, go....

Menu today: 
Pagi : Telur rebus separuh masak
Tengahari : Telur rebus
Petang : Sup ayam , teh hijau
Malam : Telur goreng, sayur sawi goreng

Done, 1st day. ;)

Photobucket

Tuesday, 29 May 2012

Nak start DIET ATKIN



Hai ! Good nite semua * sebab dah malam.. hehe ! Okeyh. Tetiba jer semangat nak post entry baru. Pasal ??? Diet okeyh! Hah! Mula dah nak membebel pasal diet. Bulan 3 aritu sempat lah diet sekejap then sibuk punya pasal diet pun ntah ke mana. Mujurlah selepas 2 bulan timbang, berat hanya naik sekitar 300 g sajer! Mungkin sebab banyak minum air kot. Makan malam tok sah kata. Main bedal ajer. Huh! Lega. So, now 56.6 kg. Ha! Sapa tu yang kata berat aku 60 kg??? Amboi2x! Sedap2 ati mulut kau jer ek. 

So, malam ni, saat dan minit ni aku dah decide untuk berdiet semula. keh3x.... Aku telah membiarkan badan aku melebar sehingga 56.6 kg??? Urgghh! Memang tak jaga badan betui nih! Anak dara tak sedar diri!  Gemuk tu cik adik oooi ! Bawak2 la insaf. Wawawawa.... Tadi aku google punye google, at last terjumpa pasal diet ATKIN. Entah buang tebiat ke apa, aku teeeerajinkan diri baca. Wah! So surprise n so nak gila otak n perut aku bila baca banyaknya benda kena pantang. Tapi don't worry, still bole makan certain food. Okeyh! Gila tu memang! Tapi mungkin boleh cuba. Sesuatu benda luar biasa yang kita buat, tentu hasilnya pun segempak dan segila usaha tu, ye dok? Hahaha.... So, dengan ini aku mengisytiharkan.................. esok aku nak start DIET ATKIN! No more rice, oat, bihun, mee, keowtiew, susu, buah, roti, gula bla bla bla..... Aku cuma akan makan ayam, ikan, telur, sayur, keju bla bla bla.... Insya Allah semoga Allah bagi aku kekuatan ! AMIN.

Ok. Cakap banyak pun tak guna. Yang penting buat dulu kan. Ni membebel jer lebeh tp hasil hampeh! Therefore, aku pointkan sebab-sebab musabab aku nak start diet n start kurus. hehehe
  • 1 bulan lagi aku nak balik kg! Holiday. So, mesti kurus! Kalau tak asyik kene bebel n perli yang aku nih gemuk. Urggghhh! Tacing!
  • 2 bulan lagi aku nak jadi GURU GANTI kat sekolah mak. Aku nih anak dara umur 23 taun tau. Kalau masuk kelas ngan badan gini, mau anak-anak murid tu heran mak cik mana la masuk kelas niii... Urggghhh! Blushing! 
  • 3 bulan lagi aku nak datang UMT balik. Sambung master. Insya Allah... Ha! Jadi kakak master lah aku. So, kene la jaga dressing sket! Hehehe... 
  • 3 bulan lagi jugak, Insya Allah aku akan konvo! Ha! Hari bersejarah lam hidup aku tu. Takkan nak gemuk gedempol macam ni lagi kowwwt??? Kurus baru cantik gambar2 aku nanti. Hik3x... Sengal!
  • 1-2 tahun lagi pulak, Insya Allah aku nak kahwin! So, kene la kurus baru macam anak dara. Ni badan macam mak budak sah2 org ingat aku nih bini org. Kang tak de sape lak masuk minang. Wawawawa.... So, kene ler comey2. Gediksss! 
O. That's all. So, besok, 30/5/2012, WANI akan mulakan DIET ATKIN. Fullstop. 


Photobucket