Monday, 18 June 2012

2012 - Tamat IJAZAH 3 tahun

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana akhirnya dapat juga saya menamatkan pengajian ijazah saya selama 3 tahun di Universiti Malaysia Terengganu. Saya bersyukur sangat-sangat, semuanya berjalan lancar (ecece macam ayat penghargaan jeer). Apa-apa pun TQ Allah...

Semalam kol abah and mak. Lama borak. Yelah sebab saya ni jarang2 kol mak abah. Tacing sikit bila abah cakap betapa leganya dia bila 15 Jun 2012 berlalu. Itu hari last saya exam. Abah kata dia risau sangat takut ada apa-apa berlaku buat saya tersangkut. Manala tau tiba-tiba sakit ke apa ka. Tapi Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya hingga paper terakhir saya. Abah kata dia rasa lebih happy lepas ni, macam dapat semangat baru untuk kembali tersenyum. 

Mungkin pada orang lain ijazah tu apalah sangat. Saya pun sama. Tapi saya faham bagi abah, itu satu hadiah buat dia. Hadiah yang dah lama dia tunggu. Sebab abah dah 2 kali dikecewakan, time abang sulung dan second. Mungkin abah dikecewakan oleh keadaan. Saya tak salahkan sesiapa jauh sekali menyalahkan abang-abang. Saya anggap ini semua ujian dari Allah untuk abah. Sabarlah abah. Saya tahu perasaan abah sangat terbeban selama ni sebab abah seorang yang sangat mementingkan pendidikan anak-anak. Awal-awal semua cemerlang, tapi entah di mana silapnya penghujung cerita amat mengecewakan. Saya juga bersimpati pada abang-abang. Untuk mereka, saya doakan juga yang terbaik. Anggap juga ini ujian. Moga-moga Allah mudahkan jalan kalian. Insya Allah, masih ada kejayaan di hadapan kerana adik yakin korang tak pernah gagal. 

Walaupun saya sedar harapan mak abah menggunung tinggi, terbit juga kesal di hati sebab saya tahu saya tak berusaha sepenuh hati dalam menuntut ilmu di Universiti. Mungkin ijazah saya tak cemerlang mana tapi masih pointer atas 3. Alhamdulillah. Itu pun saya dah cukup bersyukur. Sebab saya tahu saya ni bab2 study malas juga orangnya. Tapi kawan-kawan ada cakap, saya tak study mana tapi result dekan jugak. Ada bunyi-bunyi 'tak aci' dan 'tak puas hati' di situ. Saya bukan nak mendabik dada cakap saya ni pandai, tidak. Saya biasa-biasa saja. Saya akui saya memang malas. Itu saya anggap rezeki. Setiap kali dapat result ok, saya bersyukur sangat dalam hati sebab Allah masih bagi peluang pada saya, dan tak hukum sikap malas saya. 

Buat kawan-kawan yang gila-gila study tapi rasa macam result yang dapat tu tak setimpal usaha korang, janganlah putus asa. Anggap itu Allah nak uji. Dan usaha korang tak pernah sia-sia kerana setiap saat yang korang habiskan untuk study tu, andai niatnya betul, pasti dinilai Allah. Jadi tak rugi pun. Saya tabik springgg orang-orang yang gigih study sebab sepatutnya begitulah kita. Tapi nak buat macam mana, saya ni memang pemalas tapi saya sentiasa cuba untuk berubah. Cuba cuba dan cuba. Jadilah tu kan. Result yang bagus tu pun saya yakin berkat doa mak dan abah sebab kalu nak harapkan saya sendiri, saya bukanlah sesiapa dan bukan pandai mana. Jadi, saya bersyukur sangat masih ada mak abah, dan masih lagi ada doa mereka untuk saya. TQ mak abah. Doa kalian amat bermakna buat saya. Moga-moga mak abah dipanjangkan usia dalam keberkatanNya. Semoga berbahagia meniti usia senja. Insya Allah.      


Photobucket
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment