Salam. Hi everybody!
Hari ni saya nak share sket pasal myself yang dah semakin menginjak dewasa ni. Sweet 23 okey!
Makanya, sejak akhir-akhir saya semakin concern about kecantikan dan kesihatan diri termasuklah kulit muka ni ha. Honestly speaking, sebelum ni pun ada ja pakai pelbagai produk muka, cuma tak konsisten. Pakai bila rajin jer. Kalau tiba musim busy sgt, huh lantak kau la muka. Ada aku kisah??? Hahaha itulah saya.
But now, slowly i've change. I realize that kecantikan and kesihatan is very very very important. Al-maklumlah dah jadi anak dara. kene la care lebih sket. So, today, i beli beberapa produk Safi Balqis Perfect 10 such as pencuci, penyegar and pelembap malam. Nanti bila dah lama sikit, baru nak pakai satu set. Hmm...Berkobar-kobar masa nak bayar tadi. Punyalah semangat nak try produk ni. Ni pun lepas tengok muka tika punya kakak, my member, yang cantik dan cerah tu. Tika cakap kakak dia pakai safi balqis je. So, i pun apa lagi, terus beria-ria nak cuba.
Before ni, saya dah try macam-macam even dalam kemalasan yang melampau nak jaga muka tu. Dah pernah try safi rania *kejap je, nano white, sendayu tinggi n natasya. Dah banyak duit habis sebab boleh tahan mahal jugak lah produk2 tu. Tapi pakai kejap, bosan, tukar yang lain pulak. Paling lama pun pakai natasya gold. Berkesan tu memang berkesan cuma mahal sangat + kadang2 muka nampak merah. And yang paling saya tak suka pelembap dia.... perghhh! Pedih amat. Sayang je duit melayang 50 hinggit sebab baru pakai sket. Last2 beli safi balqis ni. Hope, dapat bertahan pakai lama. Dahlah harga murah. Jimat sket duit poket.
Tapi kalau produk macam safi ni mungkin ambil masa untuk nampak kesan. Kalau setahun pun setahun lah, asalkan start pakai n start jaga muka. Biarlah tak putih melepak asalkan kulit muka bersih dan sihat.