Tuesday, 13 March 2012

Aku suka ko ~ heeee

Aku suka ko
Aku pun tak sure sejak bila aku suka ko
Tapi rasanya baru lagi kot aku sedar aku suka ko
Aku tau ko kawan aku
Kadang-kadang aku fikir jugak betul ker aku suka ko
Ke ni cuma mainan perasaan aku jer kot
Tapi... ah! lantak la. 

Aku nak percaya yang aku suka ko
Layan jer feel ni, bukan kena duit pun. heeee
Aku suka ko walaupun ko tak tinggi mana, 
tak gemuk mana, tak gelap mana.
Yang penting ko cute 
Cute ker ko ??? Tak la sangat kot
Cute lagi Syawal, S/U timbalan dekan FMSM tu
Tapi bagi aku, perangai ko yang gila-gila cute tu buat ko lagi cute dari syawal la
Sebab tu aku suka ko. Aku rasa macam serasi jer ngan ko. hahaha

Aku suka ko
Mungkin sebab utama yang buat aku tertarik ngan ko....
ko dah buat aku kagum ngan ko tanpa ko sedar. 
Dulu, aku tak suka ko sebab aku nampak ko macam childish.
Macam budak-budak. Aku tak suka. 
Sebab aku suka orang yang matang.
Perghh! Sekali aku tengok betul-betul, rupanya ko nampak matang in certain time.
Sejak tu, aku suka ko . heee. berapa kali nak ulang ayat sama daaa. 

So, ko nampak tak kat sini 
Betapa aku nak cakap aku suka ko
Tapi kerana aku seorang perempuan
Maka aku pendam sebab masih ada sifat malu yang tersimpan
Ko ingat aku gila-gila macam ni, aku tak malu ker ?
Malu beb hehehe

Aku tau la perempuan juga ada hak untuk bersuara, untuk mencari dan memilih
Tapi malu yang menebal tu buat aku rasa aku tak patut bagitau ko
Biarlah tuhan jer yang tau perasaan aku
Tapi kalau aku tak bagitau, mana ko tahu ada orang suka ko kan... heee
Apa-apa pun, aku fikir jugak pasal ko
 Aku tak mau letak ko pada posisi yang buat ko serba-salah
Aku tak mau ko terima aku sebab ko kesiankan aku
Sebab ko tak sampai hati nak tengok aku kecewa, ececece... 
Bajet macam ko peduli jer perasaan aku ni kaaan
So, baik aku simpan sorang-sorang. 

Aku memang suka ko
Sampai aku tadah tangan pada Allah, doakan kebahagiaan ko
Sebab tu jer yang mampu aku buat untuk ko 
Tapi, take note, aku tak pernah minta Allah jadikan ko suka aku atau ko jodoh aku 
Sebab aku pun bukan kenal ko sangat
Hanya Allah jer yang kenal ko 100%
Jadi, aku tak mau la minta sesuatu yang di luar pengetahuan aku
Mana tau ada orang lain yang jauh lebih baik dari ko yang Allah dah takdirkan untuk aku
Melepas r aku kalau doa camtu hehehe

Aku suka ko
Sebab tu aku luahkan perasaan kat blog aku ni
Bukan untuk ko tau, sebab aku yakin ko tak singgah pun blog aku 
Cuma aku nak buat kenang-kenangan
So that, some day bila aku terbaca balik entry ni aku boleh tersenyum 
Mungkin time tu aku dah kahwin dengan orang lain atau mungkin juga dah jadi bini ko
Hahaha perasan! Aku gurau jer. Tak mungkin la kan. Aku cuma suka ko. Bukan cinta ko. Bukan....

Aku suka ko
Tapi aku tak minta pun ko suka aku
Mungkin aku lagi suka kita macam ni
Mana la tau, kalau aku kenal ko lebih-lebih
Rupanya ko tak seindah yang aku harapkan
Rupanya ko suka sakitkan hati aku
Rupanya perangai ko buruk dan teruk
Rupanya aku akan mula menyampah dengan ko
Mungkin... mungkin... aku tak pasti

Aku suka ko 
Kan bagus kalau ko cakap yang ko suka aku
So that, aku boleh tersengih sorang-sorang dan cakap aku pun sama, suka ko
Hahaha tapi tu cuma angan-angan mat jenin jer kan
Kalau ko suka aku, mungkin dah lama ko cakap kan ....
Ok fine.

Kesimpulannya, aku tau aku suka ko
Tapi aku tak tau sampai bila aku boleh suka ko
Buat masa sekarang ni, hati aku cuma boleh suka ko sorang jer
So, aku terpaksa say hi bubye la kepada sapa-sapa yang suka aku
and say "sorry, beb. Aku dah suka dia" 


Photobucket
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment