Aku tengah mengadap laptop sambil berbaring buat kerja. Entah kenapa kemalasan datang tiba-tiba. Akhirnya aku terlelap sampai pagi sambil laptop masih menyala. Alhamdullilah, 6.00 pagi. Allah masih bagi kesempatan untuk aku bangun subuh hari ni. Lega! Tiba-tiba aku teringat. Eh... bukan aku bermimpi ke tadi??? Ya! Aku ingat lagi. Dalam mimpi tu aku tengah hafal Quran sorang-sorang . Tiba-tiba datang seorang lelaki yang aku cukup kenal. Dia mintak aku baca satu surah yang aku dah hafal. Kalau sama, mungkin ada jodoh katanya. Aku terkelu tiba-tiba. Eh! Mana datang dia ni. Aku mengumam dalam hati. Tapi aku mintak excuse kejap nak g toilet gosok gigi. Haha aku tak taw ape motipnya. Yang pasti aku memang tak boleh kalau tak gosok gigi. Then, bila aku datang semula dia dah tak ada. Aku tengok sekeliling pun tak da. So, dalam mimpi tu aku pun cakap, OK mungkin aku bermimpi jer kot. Tak lama kemudian, hp berbunyi. Aku dapat sms dari dia. Tapi aku dah tak ingat apa isinya. Kemudian, aku terjaga........................
Selepas solat subuh tadi, aku memanjatkan doa pada Allah. Hanya Allah Maha Mengetahui segala isi hati dan aku yakin setiap apa yang terjadi bukan sia-sia. Aku mintak pada Allah, tolong Ya Allah.... Kurniakanlah aku seorang suami yang mampu membimbing aku, yang aku mampu menaatinya dan bersabar dengan karenahnya untuk menggapai syurgaMu. Yang dengannya aku mampu menjadi seorang isteri yang solehah. Seorang lelaki yang baik di sisiMu. Ya Allah, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni dia selalu muncul dalam fikiranku sedangkan tiada yang istimewa padanya di mataku. Namun, kalau benar dia jodohku, mudahkanlah perjalanan kami. Tapi, kalau bukan, kau jauhilah dia dari fikiranku kerana aku tak mahu ada noda dalam tiap nafasku. Kerana aku yakin, setiap apa yang aku buat, yang aku kata, yang aku fikir pasti tak lepas dari disoal di akhirat kelak. Kalau ini hanya mainan dari syaitan durjana untuk melalaikan aku, tolong beri aku kekuatan untuk menghindarinya Ya Allah. Ya Allah... Engkaulah tempat aku bersujud. Setiap pilihanMu adalah pilihan yang terbaik buat Ku. Jadikanlah aku seorang yang redho dengan perjalanan hidup ku dan hamba yang sentiasa bertaubat kepadaMu. Amin...........................................