Daripada Anas Ibnu Malik berkata : Nabi SAW telah bersabda; "Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikit pun daripada kitab Allah kecuali "Tabaarakal Lazi" (surah al-mulk). Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata kepada surah itu. "Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan aku tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya aku tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada aku kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), pergilah menemui Allah SWT. Dan mintalah shafaat daripadanya."
Maka dia pun (surah) menemui Allah SWT dan berkata "Wahai Tuhanku, si fulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya. Bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, padamkanlah saya dari kitabmu. Dan Allah SWT berfirman, " Aku nampak kamu marah." Dia menjawab (surah), "Sesungguhnya saya marah." Allah SWT berfirman," Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat ke atasnya".
Nabi SAW bersabda, "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati. Berkata surah,
"Selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya." Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian."
Anas berkata, " Apabila Nabi SAW khabarkan hadis ini maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi SAW memanggil surah ini Al- Munjiah, iaitu yang menyelamatkan."
(Hadis riwayat Ibnu Katsir)
P/s: Jom kita baca, hafal dan amalkan surah ni. Rugikan kalau tak baca???....
P/s: Jom kita baca, hafal dan amalkan surah ni. Rugikan kalau tak baca???....