Monday, 28 November 2011

SUBUH yang mahal

Sumber gambar: http://www.kimsnet.info

           Mahal benar rasanya harga sebuah 'subuh'. Puas aku kejar namun sering kehilangan. Ingat! Kehilangan adalah kerugian dan kerugian adalah dosa (sebab terlepas subuh). Hari-hari bangun, matahari dah tunjuk muka. Matahari tunjuk muka lagi awal daripada aku. Apa kes ni??? Jauh dalam hati, nak sangat bangun subuh awal. Tapi selalu gagal. Mungkin sebab tekad tak kuat. Waaaa! Takutnya!!! Ambil kalkulator dan cuba tambah, darab, bahagi, berapa banyak dah dosa yang bertampuk sebab tak bangun subuh (kalau boleh kira la). Subuh sekarang awal benar. Lebih kurang 5.45 pagi azan dah berkumandang. Indahnya islam kan! Allah suruh kita solat dan dia sediakan 'azan' untuk panggil kita. 5x sehari kita dipanggil tapi selalu tidak kita hiraukan. Jangan sampai panggilan terakhir tiba, kita masih leka kerana saat itu pilihan bukan di tangan kita. Mahu atau tidak, rela atau terpaksa, panggilan itu pasti kita sahut... Sakaratul maut!...

           Eh! Berbalik kepada cerita subuh tadi. Ya! Memang mahal sangat sebab tak semua orang dapat. Tak boleh beli dengan wang ringgit, harta, keturunan mahupun pangkat. Hari-hari aku tak mampu beli sebab aku 'fakir'. Tapi alhamdulillah, hari ni walaupun subuh tu mahal, aku dapat juga. Alhamdulillah, semuanya atas pertolongan Allah. Semoga hari-hari berikutnya, subuh tetap milik aku! Amin.... Doa ni aku panjangkan untuk kawan-kawan juga. Jangan kita biarkan 'syaitan' bertepuk-tangan, bersorak gembira dek kejayaan mereka menggagalkan subuh untuk kita. Puas kita diulit, dibelai dan dimanja oleh 'syaitan' durjana agar nanti kita meringkuk dalam neraka bersama-sama mereka. Katakan TAK NAK!!! Jom pakat-pakat bangun subuh, kita bersujud kepada yang Maha Pencipta, Allah yang Esa kerana mungkin esok lusa subuh bukan lagi milik kita sampai bila-bila.  


p/s: Kalau bangun subuh, jangan lupa kejut kawan-kawan. Kesian diorang k.... 
                             
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment