Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan yang Maha Mengetahui keadaan hamba-hambanya. Wah! Intro macam serius kan. Hehehe.... Betullah. Kita kan kena banyak bersyukur pada Allah. Setiap nikmat yang dia bagi tak ternilai harganya. Dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besarnya. Eh! Ada ke nikmat yang kecil. No. Nikmat Allah semuanya besar cuma manusia je yang selalu pandang kecik. Kadang-kadang tak hargai langsung. Betullah firman Allah. Akan kamu dapati sedikit sahaja daripada hambaku yang bersyukur. (Lebih kurang gini maksudnya)
Ok. Back to the point, sebenarnya aku terharu dan happy sangat sebab tiba-tiba tengahari tadi dapat satu kol. Tengok hp. Nama tertera 'Family-mummy'. Oh! Mak hehehe.... Tadi pagi aku dah kol mak tanya pasal cara nak buat nasi lemak. Ni tiba-tiba mak kol balik. Pelik nih. Hehe.... Dalam hati aku harap sangat mak cakap mak baru lepas masuk duit. Jeng....jeng.... jeng.... Tepatlah jangkaan aku. Alhamdulillah. Bersyukur sangat pada Allah. Actually, memang aku dah tak da duit. Tinggal tak sampai pun RM 10 dalam poket. Tapi aku buat deeeeed jer. Insya Allah.... Ada lah tu mana-mana rezeki datang. Akhirnya..... Allah gerakkan jugak hati mak abah masukkan duit. Sebab nak tunggu aku mintak , huh ... segan benooor rasanya walaupun tu mak abah kandung aku taw. Hehehe... Rasanya kalau anak-anak aku besok dah tak der dah malu alah semua ni. Mesti diorang 'slumber' badak jer kol aku mintak duit. Hish! Nak kena sekeh nih!
So, aku rasa betullah instict ibu tu kuat sangat. Eh...eh ...eh... Macam dia taw-taw ja anak dia ni dah tak da duit. Terus masukkan. Padahal 2 minggu yang lepas, mak baru jer bagi RM 300. Huish! Dah habis! Boros benor aku nih. Tak taw lah. Padahal bukan aku g shopping mana pun. P shopping kedai makan ja. Hahaha................ *maknanya aku kuat makan............... teeeeeeeeeeeeeeeet.............