Aku tempuh dengan tabah dan sabar. Tapi kesabaran aku ada batas. Hingga hari ini aku rasa perasaan aku dah tak tertahan. Sedih, terkilan, kecewa semua bersatu. Aku jadi kaku. Kecewa, hampa dan hati aku terluka. Hingga aku rasa bosan untuk berkata-kata. Pedih hati aku hanya tuhan yang tahu.
Bukan sekali... berkali-kali kau buat aku terluka. Kecewa dengan sikap kau tapi aku pejamkan mata dan senyum masih ada. Namun, sampai bila boleh aku tahan sebab aku juga manusia biasa yang ada rasa. Biar kali ini aku diam kerana aku sudah bosan dengan kau, sikap kau, dan tingkah kau yang sukar ditelah. Sakit hati aku bila kau buat muka... Lepas tu tunjuk macam kau tak salah. Memang kau tak pernah nampak salah kau kan. Benci aku!!! Lepas tu tak tahu malu pulak. Dah sakitkan hati aku, mintak pulak barang aku. Memang kalau susah kau cari aku kan. Aku rasa macam nak jer jadi kejam macam kau. Tapi tak sampai hati. Aku letih dah dengan sikap aku yang suka bagi kau muka sampai kau naik lemak. Lepas ni kalau aku tiba-tiba jadi hati batu, jangan tanya. Sebab memang kau puncanya!