Friday, 1 June 2012

Ciri-ciri suami idaman



Now, aku telah berumur 23 tahun. Wah! Tak sangka cepatnya masa n i already jadi anak dara. Tapi aku still rasa macam budak-budak lagi, tak caya tak caya aku dah boleh jadi mak budak! Wawawawa.... Hmmm... aku berniat nak kahwin awal. Bukan sebab gatal or gedikss okey! Sebaaaab..... entahla. Sejak dua menjak ni aku ada feeling yang teringin nak ada suami, ada somebody yang aku boleh jaga secara halal, take care segala. Hahahaha... and dah feel nak ada baby sendiri. Oh! Bahaya tu. Tahap wajib kahwin. hahaha. Tak de lah sampai macam tu sekali kaaan. Aku baru feel sikit2 je. Tapi honestly speaking, kalau ada yg masuk meminang n aku kena kahwin tahun ni, memang seriously aku TAAAK READY lagi okeyh! Tak ready mental n fizikal. hik3x.... So, aku target nak kahwin tahun depan, umur 24 tahun. Paling lambat pun time umur aku mencecah 25 tahun. Arghhh! Tu bukan awal dah tu. Tu memang time ideal kahwin tu. wawawawa...... 

Okeyh! Berikut aku senaraikan ciri-ciri suami idaman aku:

1) Dia mesti mesti mesti sangat taat pada 2 orang tuanya - sebab redha Allah tu terletak pada redha kedua ibu-bapa. 
2) Dia tak merokok! Tengok nih. Aku listkan pada point no 2, maksudnya aku sangat2 anti orang merokok since aku kecik lagi. Bukan benci, tapi untuk jadi suami, aku tak nak.  
3) Dia mesti mesti mesti TAK tinggal sembahyang. OMG! Sembahyang tu sangatlah wajib sewajib wajibnya. Kalau dia sembahyang pun tunggang-langgang, how come??? Camne nak jadi contoh pada anak2??
4) Dia bukan ustaz, polis atau tentera. Hik3x.... reason: abah aku pun dah ustaz, kalau boleh suami biarlah lain sket tapi mesti kuat pegangan agama okey! Polis n tentera tu no comment la sebab aku memang tak nak yang kerja ala-ala penguatkuasa nih. 
5) Dia boleh n mahu speaking English dgn aku sebab dari kecik lagi aku nak sgt2x fluent English. Biarlah dia tak fluent pun tapi willing untuk improve. Suami tu kan nanti orang yang paling paling dekat ngan aku, orang yang akan paling spend banyak masa ngan aku so kalau bukan dia, aku nk practise ngan sapa lagi, ye dok?? haha
6) Dia bukan bukan dan bukan yg jenis panas baran! Oh! I hate this. Tak yah r sket2 nak marah. Aku pun ada hati n perasaan taw. huhuhu.
7) Dia bukan gemuk. Keh3x... jangan terasa. Tapi kalau gemuk jugak sila-silalah kuruskan badan.
8) Dia caring and sangat bertanggungjawab pada aku n anak2! acececece.... ye r. Tu basic thing kot. Aku tak mintak pun romantik segala bagai. Cukuplah kalau dia selalu sedoor diri. hehe...
9) Kaya miskin tu tak kisah, tapi janganlah miskin sangat2... huhuhu... yang penting berpendidikan, tak semestinya sama level dgn aku. Rezeki  boleh dicari, don't worry. Ha! Asalkan rajin. Oh! Aku tak nak suami  pemalas!!!! Take note. 
10) Dia orang kedah atau kalau orang luar pun, tak jauh sangat dari kedah. Sebab aku sayang sangat koowt tempat aku. Tapi aku tau n faham kalau aku kahwin dengan org jauh, aku kenalah ikut suami takkan suami ikut aku plak. Pehal??? Hahaha. G pun aku tak nak dia jauh dari org tuanya.  So, better dia orang-orang dekat jer. Atau kalau aku longgarkan sikit pun, dia orang area Kedah ke Terengganu. Sebab aku selesa n tenang sangat dok kat Terengganu. So, aku tak kisah pun. Kedah, Grik, Kelantan, Terengganu. No hal la. Tapi aku lebih lebih lebih prefer Kedah. Hik3x.... 

Ok. Tula 10 ciri2 suami idaman aku. Tapi bila cakap 'idaman' tu, aku faham mungkin tak semua akan aku dapat. Mungkin too good to be true. But it's okey la kan. Just note it here, so that one day bila aku dah kahwin, en suami bolehlah usha2 tulisan aku nih n check himself haha.... Tapi apa-apa pun the best husband is who Allah decided for me. Ilmu Allah tu jauh lebih tepat dari aku yang serba tak tahu ni. Siapa pun dia, apa pun sifat dan sikapnya, at the end i decide untuk minta pada Allah seorang suami yang TERBAIK untuk dunia dan akhiratku. Untuk agamaku. Dia yang aku mampu taat dan bersabar dengan kerenahnya. Yang dengan dia aku mampu jadi seorang isteri yang solehah n mudah masuk Syurga, Insya Allah. 


Photobucket
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment