Thursday 22 September 2011

DAY- 04

Hari ke empat aku diet ! Apa rasa??? Seronok taw! Kalau kau betul-betul rela hati berdiet, tanpa paksaan atau tekanan, sure kau rasa enjoy dengan kau punya diet. Tak percaya? Ce cuba. Kau pasti akan banyak katakan "TAK NAK" pada member-member yang sangat caring pada kau, yang selalu sangat offer kau makan. Tak tau lah kalau kau punya member spesis yang taik hidung masin, kedekut bebenor sampai stok makan pun dia nak habiskan sorang. Aku memang cukup menyampah orang macam tu. Hahaha. Macam aku, sejak berdiet ni, asal member aku offer makan jer, aku tengok makanan tu, fikir dulu, and mostly diorang dah tau jawapan aku. "TAK NAK"! Then, bila kau berdiet, kau akan jadi lebih teliti dengan makanan yang akan masuk dalam mulut kau. Hahaha ni lah pengalaman aku yang baru beberapa hari berdiet. Gatal kan nak share dengan orang! Well! Confident tinggi. Aku fikir mudah ja. Selagi kita sedang buat apa yang orang berjaya buat, kita pasti pasti dan pasti berjaya!!! So, kau pun sila fikir macam tu k!

Sebelum aku terlupa, aku nak share sikit catatan diet aku hari ini. Teh hijau! Opsst...sangat tak sedap. Tapi aku dah cuba hari ni. Pahit tau! Tapi yang pahit tulah yang bagus. Lagipun, rasa pahit tu cepat hilang. Jadi, aku rasa lepas ni bolehlah aku amalkan minum teh hijau. Aku minum tanpa gula tau! Hahaha.... betapa nekadnya aku kan....Hmm.... Petang tadi pula, aku jadi chef bersama AMY, housemate aku. Kami masuk dapur goreng bihun. Best! Sedap juga! Eh...eh... sendiri puji pulak! Aku rasa jugaklah sikit bihun tu walaupun masuk minyak. Oh tidak! Aku dah macam alergik je dengan minyak sekarang nih*hehe macam poyo jer ayat! Okeh! Cukuplah! Besok aku akan share dengan kau lagi ya! Tunggu!  

0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment