Friday, 7 October 2011

DAY 18-19

Ringkasan ;

Hari ke 18 : GAGAL

Aku dah control makan segala bagai tapi tup tup bila g pasar malam, mission tersasar sket. Niatnya nak g cari buah-buahan tempatan, tapi terbeli juga char keow teow. Dah beli tu g pula round berejam-jam kat pasar malam tu, habis kembang keow teow aku. Nak habiskan......masya Allah. Banyak bebenor bila dah kembang. So, perut aku pun kembong semacam hehehe *kenyang. Jadi aku terus assume yang diet aku gagal sebab aku kenyang sangat pada malam harinya. Sekian. 

Hari ke 19 : GAGAL

Hari ni hari yang tersangat-sangatlah gagal diet aku. Sebab??? Hehe sebab hari ni aku g holiday *walaupun jumaat mmg hari holiday pon. Aku g picnic dengan member-member aku. Orang berkelah ni faham-faham lah stok makannyer macam mana, spageti ada, bihun goreng ada, sosej goreng/rebus ada, sandwich ada, keropok ikan ada, jajan ada. Jadi kau boleh bayang tak betapa gagalnya diet aku pada hari ni .....sob3x.
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment