Monday, 17 September 2012

Set Penjagaan Muka Terbaru (2012)

Memperkenalkan.....................................
Sendayu Tinggi Flawless Whitening Skin Set

Hehehe... Dah lama tak update blog.
Last post before this, wani told u about safi balqis perfect 10 rite? So, now wani nak share la pulak the latest product yang i tengah guna. Kang u all ingat wani still guna safi plak. Hehe.. almaklumlah as i told u before, i susah sket nak stick lama ngan satu-satu product. Safi tu pun wani guna berapa hari jer. damn! pastu berhenti. Tak de sebab. Cuma malas nak pakai. Ah! Membazir jer dah la baru beli, baru guna sikit sangat kot. Ada cleanser, toner and night cream. Sapa nak?? Wani bagi free hehehe...Tengok tu, beria jer beli hampir satu set, last-last tak pakai pun. Itulah Wani. Ish3x.

Now, wani tengah guna set produk di atas, from Sendayu Tinggi. Wow! Dah hampir 2 bulan jugak wani guna. Still continue guna sebab rasa selesa pulak dengan produk ni. Insya Allah, harap2 boleh terus stick dengan yang ni. Rasanya tak adalah perubahan ketara sangat setakat ni but never mind sebab best guna, tak pedih tak melekit tak mengelupas. ha tu penting. Effect dia tu biarlah slow-slow pun tak apa.
  



Photobucket

Wednesday, 27 June 2012

Safi Balqis Perfect 10

Salam. Hi everybody! 
Hari ni saya nak share sket  pasal myself yang dah semakin menginjak dewasa ni. Sweet 23 okey!
Makanya, sejak akhir-akhir saya semakin concern about kecantikan dan kesihatan diri termasuklah kulit muka ni ha. Honestly speaking, sebelum ni pun ada ja pakai pelbagai produk muka, cuma tak konsisten. Pakai bila rajin jer. Kalau tiba musim busy sgt, huh lantak kau la muka. Ada aku kisah??? Hahaha itulah saya.  

But now, slowly i've change. I realize that kecantikan and kesihatan is very very very important. Al-maklumlah dah jadi anak dara. kene la care lebih sket. So, today, i beli beberapa produk Safi Balqis Perfect 10 such as pencuci, penyegar and pelembap malam. Nanti bila dah lama sikit, baru nak pakai satu set. Hmm...Berkobar-kobar masa nak bayar tadi. Punyalah semangat nak try produk ni. Ni pun lepas tengok muka tika punya kakak, my member, yang cantik dan cerah tu. Tika cakap kakak dia pakai safi balqis je. So, i pun apa lagi, terus beria-ria nak cuba. 

Before ni, saya dah try macam-macam even dalam kemalasan yang melampau nak jaga muka tu. Dah pernah try safi rania *kejap je, nano white, sendayu tinggi n natasya. Dah banyak duit habis sebab boleh tahan mahal jugak lah produk2 tu. Tapi pakai kejap, bosan, tukar yang lain pulak. Paling lama pun pakai natasya gold. Berkesan tu memang berkesan cuma mahal sangat + kadang2 muka nampak merah. And yang paling saya tak suka pelembap dia.... perghhh! Pedih amat. Sayang je duit melayang 50 hinggit sebab baru pakai sket. Last2 beli safi balqis ni. Hope, dapat bertahan pakai lama. Dahlah harga murah. Jimat sket duit poket. 

Tapi kalau produk macam safi ni mungkin ambil masa untuk nampak kesan. Kalau setahun pun setahun lah, asalkan start pakai n start jaga muka. Biarlah tak putih melepak asalkan kulit muka bersih dan sihat. 

Photobucket

Thursday, 21 June 2012

My BFF


My BFF - Best Friend Forever. I wanna say 'Hi Sarah' if u'r reading this entry. Sila lihat gambar di atas. Oh! Ketara sekali aku lebih pendek dari kau. Hehe baru sedar. Emm tatau la nak mula dari mana tapi rasa nak tacing-tacing sket hari ni.

Dah almost 3 years ko jadi kawan aku yang sah! Haha ayat tak ley blah. Aku takkan lupakan kau sampai bila-bila. Mana bole lupa. Kawan menangis kawan ketawa. Kau kawan susah senang aku. We always together-gather. Sepanjang 3 tahun ni banyak sangat kenangan kita. Kita buat kerja gila sama-sama*peristiwa jalan kaki ke bakal rumah sewa. Kita bergaduh berdrama pun sama-sama *peristiwa di LI.  and yang part gaduh ni banyak lagi, sila-silalah imbas kembali ye. Hehehe... Tapi yang gaduh-gaduh tu lah buat kita lebih faham sesama kita. Kita manusia biasa tak pernah sempurna. Hati kita mungkin kadang-kadang tak serasi tapi kita saling melengkapi. Ketidaksempurnaan itulah yang dah buat kita bertahan lama. Usah dicari titik persamaan andai titik perbezaan itu yang menyatukan kita*acecece ayat b'bunga. 

Dah la. Jom straight to the point. Sebenarnya, first sekali aku bersyukur sangat-sangat pada Allah sebab temukan kita. Semoga Allah panjangkan lagi hubungan ni sampai bila-bila. Second, thanks sangat sangat sebab u always by my side watever happen. So, dari situ aku tahu, kalau one day kau bercinta, kau mungkin seorang pencinta yang setia, dat's good tapi hati-hati jangan keterlaluan setia, sebab lelaki mostly lidah buaya * acece sempat lagi tu nasihat segala. hehehe... Emm... thanks sebab ada kau, aku tak pernah sunyi hidup kat UMT ni. Thanks jugak u always concern about my feeling bila i marah ke geram ke sakit hati ke sedih ke kecewa ke frust ke, u always be there. Thanks for your support, advise, care, love and time that you share with me. Thanks sebab sanggup layan karenah aku, sanggup bertahan dengan emosi aku. You really awesome! My special friend i ever had. 

Sampai hari ni n saat ni, aku still rasa aku bukanlah kawan yang baik untuk ko. I'm so so so sory untuk semua kelemahan dan kesalahan aku sepanjang jadi kawan kau. Aku tak sempurna dan tak akan pernah sempurna. Terimalah aku seadanya. acece.... Emm, hari-hari terakhir bersama pun sempat lagi bergaduh. Lucu jer. Time aku tulis entry ni aku tengah bedal ayam goreng yang kau kasi. Aku tak nak pun sebenarnya cuma time tu je aku geram. Tapi kau tau kan aku marah sekejap jer. Tapi aku tak reti nak pujuk orang. So aku buatkan seperiuk tomyam ni untuk ko! Lega tengok ko gelak tadi. Makanlah puas-puas k. Aku harap ni bukan tomyam terakhir dari aku untuk kau. 



Dah lama tak masak. Tapi hari ni aku masak awal-awal pagi untuk ko. Mesti sedap kan sebab aku masak dengan penuh kasih sayang kali ni. hehehehe... Sepanjang aku masak tadi asyik teringat kenangan-kenangan kita. Nak menitis jek air mata ni tadi. Tapi tak masuk periuk la okey! Don't worry hahaha... Tak sangka kan sekejap jer masa. Dah nak berpisah. Aku Kedah kau Pahang. Hmm bila lagi lah kita nak jumpa agaknya. 1 jer aku nak pesan, tolong jangan kawin dulu dari aku tau. Tunggu aku keyh! Hahahahahahahahahaha............ Hmmm... Dah tak lama la kita. Lepas ni kawin, jadi isteri orang pastu mak orang pulak. Ah! Kejapnya masa. Rasa still macam budak2 agi. Kau dah sedia ke??? Keh3x.. merapu je aku ni. Dahla tu. Semoga kita jumpa lagi. Aku doakan kau berjaya, bahagia dengan pilihan kau, dan bertemu dengan jodoh yang baik, Insya Allah. Doakan aku jugak okeh.

Assalamualaikum......

Photobucket

Monday, 18 June 2012

2012 - Tamat IJAZAH 3 tahun

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana akhirnya dapat juga saya menamatkan pengajian ijazah saya selama 3 tahun di Universiti Malaysia Terengganu. Saya bersyukur sangat-sangat, semuanya berjalan lancar (ecece macam ayat penghargaan jeer). Apa-apa pun TQ Allah...

Semalam kol abah and mak. Lama borak. Yelah sebab saya ni jarang2 kol mak abah. Tacing sikit bila abah cakap betapa leganya dia bila 15 Jun 2012 berlalu. Itu hari last saya exam. Abah kata dia risau sangat takut ada apa-apa berlaku buat saya tersangkut. Manala tau tiba-tiba sakit ke apa ka. Tapi Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya hingga paper terakhir saya. Abah kata dia rasa lebih happy lepas ni, macam dapat semangat baru untuk kembali tersenyum. 

Mungkin pada orang lain ijazah tu apalah sangat. Saya pun sama. Tapi saya faham bagi abah, itu satu hadiah buat dia. Hadiah yang dah lama dia tunggu. Sebab abah dah 2 kali dikecewakan, time abang sulung dan second. Mungkin abah dikecewakan oleh keadaan. Saya tak salahkan sesiapa jauh sekali menyalahkan abang-abang. Saya anggap ini semua ujian dari Allah untuk abah. Sabarlah abah. Saya tahu perasaan abah sangat terbeban selama ni sebab abah seorang yang sangat mementingkan pendidikan anak-anak. Awal-awal semua cemerlang, tapi entah di mana silapnya penghujung cerita amat mengecewakan. Saya juga bersimpati pada abang-abang. Untuk mereka, saya doakan juga yang terbaik. Anggap juga ini ujian. Moga-moga Allah mudahkan jalan kalian. Insya Allah, masih ada kejayaan di hadapan kerana adik yakin korang tak pernah gagal. 

Walaupun saya sedar harapan mak abah menggunung tinggi, terbit juga kesal di hati sebab saya tahu saya tak berusaha sepenuh hati dalam menuntut ilmu di Universiti. Mungkin ijazah saya tak cemerlang mana tapi masih pointer atas 3. Alhamdulillah. Itu pun saya dah cukup bersyukur. Sebab saya tahu saya ni bab2 study malas juga orangnya. Tapi kawan-kawan ada cakap, saya tak study mana tapi result dekan jugak. Ada bunyi-bunyi 'tak aci' dan 'tak puas hati' di situ. Saya bukan nak mendabik dada cakap saya ni pandai, tidak. Saya biasa-biasa saja. Saya akui saya memang malas. Itu saya anggap rezeki. Setiap kali dapat result ok, saya bersyukur sangat dalam hati sebab Allah masih bagi peluang pada saya, dan tak hukum sikap malas saya. 

Buat kawan-kawan yang gila-gila study tapi rasa macam result yang dapat tu tak setimpal usaha korang, janganlah putus asa. Anggap itu Allah nak uji. Dan usaha korang tak pernah sia-sia kerana setiap saat yang korang habiskan untuk study tu, andai niatnya betul, pasti dinilai Allah. Jadi tak rugi pun. Saya tabik springgg orang-orang yang gigih study sebab sepatutnya begitulah kita. Tapi nak buat macam mana, saya ni memang pemalas tapi saya sentiasa cuba untuk berubah. Cuba cuba dan cuba. Jadilah tu kan. Result yang bagus tu pun saya yakin berkat doa mak dan abah sebab kalu nak harapkan saya sendiri, saya bukanlah sesiapa dan bukan pandai mana. Jadi, saya bersyukur sangat masih ada mak abah, dan masih lagi ada doa mereka untuk saya. TQ mak abah. Doa kalian amat bermakna buat saya. Moga-moga mak abah dipanjangkan usia dalam keberkatanNya. Semoga berbahagia meniti usia senja. Insya Allah.      


Photobucket